Rasuah | Bekas Pengarah Maritim Malaysia didakwa

2022-03-24 0

Seorang bekas Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Tanjung Sedili Johor didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru kerana menerima suapan berjumlah RM10,000 pada tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Zulfadli Nayan, 40 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan dihadapan hakim Datuk Ahmad Kamal Ariffin Ismail.